Isnin, 1 Oktober 2012

MAULIDURRASUL

SK SERI BERTAM
YONG PENG JOHOR

LAPORAN PROGRAM


SK SERI BERTAM
LAPORAN PROGRAM
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H/2012M


TARIKH/ HARI

MASA

: 03 MAC 2012 (SABTU)

: 07.30 Pagi Hingga 12.00 Tgh
OBJEKTIF
: 1- Memupuk budaya bersedekah di kalangan warga sekolah.
2.- Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peristiwa yang berlaku dalam bulan Rabiul Awwal dan menghayatinya.
3-  Mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku dalam bulan yang mulia ini.

MATLAMAT
: Murid-murid dapat membiasakan diri dengan sunnah Rasulullah dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

RASIONAL
:  1. Sekolah sebagai institusi awal pendidikan wajar memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek-aspek moral dan nilai-nilai murni selaras dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

   2. Murid lebih memahami sirah dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan ajaran Islam.

SASARAN
:  Semua murid SKSB dan ibubapa.


JANGKA MASA
: Sepanjang bulan Rabi`ul Awwal 1433H


KOS
: RM3052.00


SUMBER KOS
: Sekolah, sumbangan guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa dan orang perseorangan.




STRATEGI PELAKSANAAN
: 1.Membentuk jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah

  2.Menyelaras aktiviti yang akan dilaksanakan.

  3.Menjalankan aktiviti

-       Perarakan dengan membawa sepanduk mengelilingi   
      kawasan sekolah disertai alunan selawat ke atas  
      Nabi Muhammad S.A.W.

-          Bacaan Rawi guru dan murid SKSB
-       Jamuan makan
    
-     Ceramah agama oleh penceramah jemputan.

-       Kuiz agama berkaitan Majlis Maulidur Rasul

-       Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz  dan cenderamata kepada penceramah jemputan.

PENILAIAN
: KEKUATAN

-          Dapat mendidik murid-murid supaya dapat mencontohi sifat dan akhlak Nabi yang terpuji  walau dimana mereka berada.
-          Kerjasama yang erat dari kalangan guru-guru, kakitangan sekolah, ibubapa dan murid-murid dalam menjayakan majlis ini.
-          Kehadiran ibubapa memuaskan.

  KELEMAHAN

-          Kurangnya kerjasama dan perhatian daripada segelintir guru-guru lelaki dalam mengawal disiplin murid semasa Majlis berlangsung dan ketika aktiviti perarakan.
-           



Disediakan oleh,



………………………….
( MOHD ZAINI BIN HASHIM )

Setiausaha,
Majlis Maulidur Rasul 1433H/2012M,
SK Seri Bertam Yong Peng



LAMPIRAN.

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN DENGAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H/ 2012 M.



 

NKRA

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA ( NKRA) BUKAN SAHAJA MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI, BAHKAN TURUT BERPERANAN DALAM MERAPATKAN JURANG SOSIAL. BAHASKAN.

1.0 PENGENALAN

1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program. Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi  Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Seiring dengan itu, Kerajaan juga dalam proses untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan juga penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10. GTP merupakan enjin transformasi yang bermula dengan proses pencarian idea terbaik dan melangkah dengan pantas untuk melaksanakanya. Ia juga merupakan satu pelan hala tuju yang fleksibel untuk mencapai sasaran melalui initiatif-initiatif yang telah dikenalpasti. NKRA merupakan gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani keperluan rakyat.

Kewujudan NKRA bukan bererti bidang lain tidak akan mendapat perhatian. Bidang-bidang lain akan diliputi di peringkat Menteri (MKRA) melalui fungsi dan tanggungjawab Kementerian masing-masing. Enam NKRA telah diputuskan oleh Kabinet iaitu:
1.      Mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri),
2.       Membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri),
3.      Mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia)
4.      Mmempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),
5.      Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah)
6.      Memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan).

Enam NKRA ini dimaksudkan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah.

Demi mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari segi perhatian pemimpin, pengagihan kewangan dan mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat. Di samping itu, segala input dan maklumbalas dari peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akan diperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Meskipun pelbagai program trasformasi telah dilaksanakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan, tujuannya ialah untuk memperbaiki dan melaksanakan program bagi semua kaum yang kurang bernasib baik serta memerlukan perhatian kerajaan.

2.           Peringkat NKRA
NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010.  NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan.
What is the purpose of implementation of the NKRA? 3.      Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?
• The purpose of introducing PM NKRA and KPI was to ensure that a serious element of accountability, exists among the members of the administration and civil servants.            Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.
Ø  The reason is, the PM does not want the people as a major client in a state of groping and vague, as to what initiatives, plans and directions of development are being mobilized by the Government.Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.
Ø  PM wants all its development plans for the well being of these people know and are known by the people so that they can monitor and evaluate the achievement of targets as set. PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.
Ø  PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. For each of the core areas, will be identified also KPI KPI it with a specific target that can be measured. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. With this KPI, all procedures will be streamlined, the resources and energy in the organization will be mobilized and all efforts will be focused to achieve the targets in the solder in a reasonable period of time as promised. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan• PM was also a KPI to 6 degree digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

4.  BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA ( NKRA) TURUT BERPERANAN DALAM MERAPATKAN JURANG SOSIAL.

4.1   NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah
Kejadian jenayah tidak mengira bangsa dan agama, meskipun kadar jenayah secara umumnya lebih tinggi berlaku dalam kawasan berpendapatan rendah dan sederhana. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kejadian di mana penjenayah berasal daripada satu kaum dan mangsa daripada kaum yang lain, persepsi bahawa jenayah didorong oleh perkauman tidak dapat dibendung sepenuhnya. Malah, hakikat bahawa pasukan polis kebanyakannya orang Melayu juga mungkin menyemarakkan lagi persepsi perkauman. Justeru itu, usaha bersepadu untuk meningkatkan lagi kualiti, keberkesanan dan kebajikan pasukan polis, untuk merangsang
penyertaan oleh semua golongan dalam bekerjasama dengan polis untuk menentang jenayah dan meningkatkan kesedaran mengenai isu dan faktor yang mengakibatkan jenayah akan menyumbang secara positif kepada penghapusan penstereotaipan perkauman dan persepsi negatif – dan kemuncaknya menyumbang kepada perpaduan nasional.
Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.
Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:
        i.            Jenayah jalanan
Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah diambil mudah kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.
      ii.            Keselamatan awam
Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.
    iii.            Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan
Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

4.2   NKRA yang kedua : Cabaran penuhi NKRA rasuah

Berdasarkan  kajian persepsi awam ke atas Program Transformasi Kerajaan (GTP) oleh firma perunding Frost & Sullivan menunjukkan ramai rakyat berpendapat usaha membanteras rasuah yang ditetapkan di bawah program tiga tahun kerajaan itu tidak berjalan seperti diharapkan.

Usaha tersebut dikatakan tidak berkesan walaupun angka-angka rasmi menunjukkan sebaliknya. Bagaimanapun, itu adalah hakikat dan cabaran mengurangkan rasuah. Ia tidak semudah untuk membina ratusan kilometer jalan mahupun rumah-rumah mampu milik. Sifatnya yang abstrak menyebabkan hasilnya bukan sahaja sukar untuk dinilai tetapi terdedah kepada pelbagai persepsi. Angka yang positif adakalanya dinilai sebagai negatif, manakala angka negatif yang sepatutnya menggambarkan kejayaan dilihat sebagai kegagalan.

Seperti ditegaskan Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin, rasuah tidak boleh dinilai dengan statistik. ''Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tangkap orang, kita dikatakan tidak buat kerja sedangkan keadaan itu mungkin berlaku kerana gejala rasuah tidak ada atau sudah menurun
Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk memastikan perbicaraan kes rasuah boleh diselesaikan dalam tempoh setahun, mewujudkan parameter surat sokongan dan pangkalan data pesalah rasuah. Selain itu pengenalan portal MyProcurement dan MyPartnership berjaya meningkatkan keberkesanan penyampaian kerajaan manakala pengenalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 membuktikan keseriusan kerajaan memerangi rasuah.
Turut berjaya dilaksanakan penubuhan dan pengukuhan unit pematuhan, sistem pusingan kerja, ganjaran dan pengiktirafan serta mengurangkan budi bicara melalui automosi. Penubuhan mahkamah khas rasuah juga disusuli dengan langkah melantik hakim yang berpengalaman 15 tahun ke atas bagi mengendalikan perbicaraan. Inisiatif yang dijalankan telah menyediakan satu kerangka pencegahan rasuah yang berkesan. Inisiatif tersebut bukan sahaja mencetuskan kesan ketara tetapi sedikit sebanyak mengubah keyakinan masyarakat terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.
Berdasarkan tinjuan Transparency International (TI) mengenai Barometer Rasuah Malaysia menunjukkan peningkatan daripada 48 peratus pada 2010 kepada 49 peratus tahun lalu. Selain itu tahap keyakinan juga meningkat dan sentimen umum berubah menjadi bertambah baik. Malah, berdasarkan Indeks Pemberi Rasuah TI menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-15, sebaris dengan Hong Kong yang dikenali sebagai antara negara paling tegas memerangi rasuah serta memiliki undang-undang rasuah paling komprehensif..

4.3  NKRA yang ketiga – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Mempertingkatkan pencapaian pelajar – NKRA ini bertujuan menangani jurang dalam prestasi yang wujud di kalangan pelajar dari latar belakang geografi dan sosial yang berbeza. Pada masa ini, lebih daripada satu pertiga daripada kanak-kanak kita tidak menerima pendidikan prasekolah. Terdapat ketidaksamaan antara kawasan bandar dengan luar bandar dan antara negeri-negeri, sebagai contohnya, hanya 65% kanak-kanak menghadiri prasekolah di Kelantan, berbanding dengan hampir 100% di Pulau Pinang, juga perbezaan yang ketara dari sudut kualiti.

Terdapat juga ketidaksamaan yang besar dari segi prestasi sekolah. Ketidaksamaan tersebut memberi kesan terhadap golongan yang lebih miskin, tanpa mengira bangsa. Menerusi komitmen
untuk meningkatkan penyertaan prasekolah kepada 87% dalam tempoh tiga tahun dan meningkatkan hasil pelajar menerusi sistem sekolah keseluruhan, ketidaksamaan sedemikian akan dapat ditangani dengan berlalunya masa. Tambahan pula, penduduk yang lebih terdidik dan lebih bermaklumat akan kurang mudah terpengaruh dengan prejudis dan sentimen perkauman.
Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi  prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi. Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.





Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang
bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.






Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
 Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.

4.4   NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
Meskipun tahap pendapatan sebenar telah meningkat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, kemiskinan relatif masih merupakan fenomena utama yang menjejaskan banyak orang, terutamanya dalam konteks kos yang meningkat dan kegendalaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh krisis ekonomi global. Masih terdapat lebih daripada 200,000 isirumah yang hidup dengan pendapatan kurang daripada RM 750 sebulan, dan banyak isirumah di bandar hidup dengan pendapatan antara RM2,000 – 3,000 sebulan mendapati sukar untuk menyara hidup.

Justeru, suatu usaha bersepadu untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik serta menyediakan peluang dan insentif untuk perniagaan dan perusahaan akan dapat banyak membantu ke arah mengurangkan ketidaksamaan dan polariti antara golongan yang kaya dengan yang miskin. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapapun yang ketinggalan – tanpa mengira bangsa atau agama – semasa kita meneruskan usaha untuk berkembang sebagai sebuah negara.

Kerajaan Malaysia bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.
Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.
Di bawah NKRA ini, pelbagai langkah diperkenalkan untuk membantu Rakyat, terutamanya golongan miskin dan kaum buruh dalam meringankan beban kewangan mereka.  Dari tahun 2010 sehingga 2011, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM36.7 bilion untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada Rakyat, dengan subsidi yang diberikan untuk mengekalkan harga petrol RON 95 pada RM1.90 seliter, gas memasak, gula, dan lain-lain keperluan harian.
Pemberian pakej bantuan kewangan sekali bayar (atau lebih dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M) sebanyak RM500, bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan.  Sebanyak 4,78 juta isi rumah di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada bantuan ini.  Matlamatnya adalah untuk membantu golongan miskin dan buruh, seperti penduduk-penduduk Kampung Bantal yang berpendapatan kurang daripada RM800, untuk menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

4.5   NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
Meskipun tahap pendapatan sebenar telah meningkat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, kemiskinan relatif masih merupakan fenomena utama yang menjejaskan banyak orang, terutamanya dalam konteks kos yang meningkat dan kegendalaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh krisis ekonomi global. Masih terdapat lebih daripada 200,000 isi rumah yang hidup dengan pendapatan kurang daripada RM 750 sebulan, dan banyak isi rumah di bandar hidup dengan pendapatan antara RM2,000 – 3,000 sebulan mendapati sukar untuk menyara hidup. Justeru, suatu usaha bersepadu untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik serta menyediakan peluang
dan insentif untuk perniagaan dan perusahaan akan dapat banyak membantu ke arah mengurangkan ketidaksamaan dan polariti antara golongan yang kaya dengan yang miskin. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapapun yang ketinggalan – tanpa mengira bangsa atau agama – semasa kita meneruskan usaha untuk berkembang sebagai sebuah negara.
Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.
Kejadian kemiskinan dan kekurangan infrastruktur adalah lebih menonjol di kalangan orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Orang Asli, meskipun ia tidaklah eksklusif kepada mereka sahaja. Dengan menyampaikan NKRA ini, kita akan mengurangkan ketidaksamaan sedia ada, yang seterusnya akan mengurangkan perasaan yang munasabah ekoran kehilangan hak yang relatif yang ada kalanya mungkin bertukar menjadi rasa tidak puas hati yang dianggap dan diungkapkan dalam bentuk perkauman. Malah, usaha bersepadu untuk menyampaikan hasil positif dalam enam NKRA akan menggalakkan, menggembleng dan merangsangkan penyertaan yang aktif dan sumbangan yang berkesan daripada pegawai kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat jelata. Ini seterusnya akan memupuk rasa kesatuan matlamat yang lebih padu dan membawa rakyat lebih dekat bersama antara satu sama lain.
Salah satu lagi komitmen kerajaan yang berjaya dijadikan kenyataan ialah penubuhan Klinik 1Malaysia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai terutama yang berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan kos rendah iaitu hanya RM1 dan lokasinya terletak di kawasan kejiranan serta waktu operasinya dilanjutkan hingga lewat malam.
Bagi merapatkan jurang sosio ekonomi ke arah memenuhi nilai aspirasi 1Malaysia, kerajaan turut mengumumkan penubuhan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menguruskan dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM100 juta pada 11 Januari lalu.
Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.
Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.
Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.
Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meneruskan prestasi baik pada tahun sebelumnya dan mengubah landskap luar bandar menjadi bertambah baik. Usaha kementerian itu bertumpu kepada kemudahan jalan raya yang dipertingkatkan, bekalan air bersih dan elektrik yang lancar serta membina dan membaik pulih rumah untuk komuniti luar bandar.
Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Infrastruktur Asas Luar Bandar (RBI) telah memberi impak secara langsung kepada lebih 3.2 juta penduduk di kawasan luar bandar.
Memenuhi semangat 1Malaysia, NKRA RBI telah membantu kehidupan masyarakat luar bandar Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. Pelbagai inisiatif RBI yang dilancarkan telah meninggalkan kesan positif kepada kehidupan pelbagai kumpulan etnik seluruh negara. Di Sabah dan Sarawak sahaja lebih 27 dan 30 kumpulan etnik masing-masing menerima manfaatnya," kata laporan itu. Laporan itu menyatakan di bawah komitmen membina jalan raya pada 2011, semua jalan yang dijanjikan meliputi jarak keseluruhan 1,013 kilometer telah disiapkan pada Disember 2011 dan kebanyakannya adalah di Sabah dan Sarawak (meliputi 54 peratus daripada panjang keseluruhan jalan negara).
Di bawah komitmen bekalan air bersih terawat pula, sejumlah 73,277 isi rumah menerima faedah itu meliputi 366,235 orang, sementara 27,004 isi rumah pula menerima bekalan elektrik 24 jam sehari pada hujung tahun lepas. Bekalan elektrik 24 jam ini juga membolehkan penduduk meneroka peluang meningkatkan pengeluaran dengan menggembleng pelbagai produk hiliran dalam masa terdekat. Kemudahan  ini sudah pasti menyenangkan penduduk kampung terbabit. 
Menurut laporan itu, di bawah Program Bantuan Perumahan (PBR) RBI, sebanyak 14,365 unit rumah diserahkan setakat Oktober 2011, iaitu peningkatan prestasi 157 peratus. Pasukan NKRA RBI berhasrat menggandakan usaha bagi mencapai semua sasaran pada 2012. Kerajan merancang untuk melaksanakan Program Mega Luar Bandar meliputi kawasan seluas 6,500 hektar bagi 11 Projek Agropolitan di seluruh negara untuk tanaman komoditi dan kontan serta ternakan ikan dalam sangkar. 
Dengan menyediakan peluang ekonomi yang sesuai dan mapan, beserta kemudahan asas dan sosial yang lengkap, kampung akan dibangunkan semula sebagai kawasan yang moden dan progresif yang menawarkan kehidupan berkualiti kepada penduduknya.

Mendapat inspirasi daripada pencapaian setakat ini dan dipacu matlamat masa hadapan, kementerian dan agensi di bawahnya akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan matlamat Wawasan 2020 tercapai yang mana semua rakyat dapat menikmati hasil kemajuan negara.  –

MENUTUP BUKU MISKIN TEGAR
KISAH isi rumah berpendapatan rendah dan miskin merupakan kisah lama yang semakin pudar dari ingatan rakyat Malaysia. Perangkaan sekitar 50 peratus rakyat miskin pada 1970 hampir lenyap pada 2009 dengan hanya 3.8 peratus penduduk negara ini masih dalam kategori miskin. Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) isi rumah berpendapatan rendah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berjaya mencapai hampir semua sasaran untuk merapatkan jurang antara kaya dan miskin sepanjang 2010.
Definisi miskin tegar bergantung kepada pendapatan isi rumah iaitu kurang RM440 di Semenanjung, kurang RM540 di Sabah dan kurang RM520 di Sarawak. Golongan miskin pula berpendapatan di bawah RM750 di Semenanjung, bawah RM960 di Sabah dan bawah RM830 di Sarawak, mereka yang berpendapatan bawah RM2,000 dianggap sebagai berpendapatan rendah.
Sasaran cabang NKRA ini melibatkan empat perkara utama iaitu mengeluarkan kesemua 44,643 isi rumah dari kategori miskin tegar, mengeluarkan 40,000 isi rumah dari kategori miskin, melatih dan melahirkan 2,000 orang usahawan wanita serta menawarkan 44,146 rumah kos rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk dijual kepada penghuninya.

Bagaimanapun, usaha turut ditumpukan ke arah mengembangkan potensi individu untuk memastikan golongan terbabit dapat berdikari dalam tempoh jangka panjang melalui prinsip 'bukan memberi ikan tetapi mengajar cara memancing'. Di bawah inisiatif untuk memupuk kemampuan berdikari, pihak kementerian telah melaksanakan bantuan sokongan untuk perumahan serta program bantuan kebajikan dan program Akhiri Zaman Miskin (1Azam).
1Azam merupakan inisiatif khusus dengan sasaran meningkatkan ekonomi isi rumah berpendapatan rendah dari kancah kemiskinan melalui keusahawanan (Azam Niaga), penggajian (Azam Kerja) serta aktiviti pertanian (Azam Tani) dan perkhidmatan (Azam Khidmat). Pangkalan data eKasih dibentuk sebagai pusat data untuk mengenal pasti, meluluskan bantuan & memantau perkembangan isi rumah berpendapatan rendah..

Namun, berikutan masalah geografi, kekangan masa dan sumber bantuan, terdapat sebahagian sasaran untuk 2010 tidak dapat dicapai sepenuhnya. Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 menyatakan cabang NKRA ini mencapai hampir kesemua sasarannya terutama menghapuskan miskin tegar. Selain itu, 15,868 isi rumah berjaya dikeluarkan dari kategori miskin, 2,000 usahawan wanita berjaya dilatih, 35,095 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam DBKL ditawarkan untuk dijual kepada penghuni sepanjang 2010.
Maklum balas Jawatankuasa Antara bangsa Penilaian Prestasi (IPR) untuk laporan NKRA ini turut memuji inisiatif kerajaan menghapuskan segera kemiskinan tegar dengan fokus kepada potensi individu dan bukan sekadar bantuan kewangan. Ahli jawatankuasa tersebut yang juga Wakil Tetap IMF di Singapura, Ravi Balakrishnan turut mencadangkan kerajaan menimbang menggunakan amalan terbaik dari Bolivia yang terbukti berjaya menyediakan kewangan mikro kepada golongan miskin di luar bandar.
Bagaimanapun, ahli jawatankuasa yang juga pengasas Transparency International, Michael Hershman berpendapat kelangsungan program yang dijalankan mungkin semakin mencabar kelak dan kerajaan perlu memastikan mereka yang telah dibantu tidak kembali berada di bawah garis kemiskinan. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM, Profesor Dr. Amir Baharuddin berkongsi pandangan dan merasakan usaha membasmi kemiskinan bukan sesuatu yang mudah tanpa keazaman, kecekalan, pengorbanan serta keikhlasan berkerja secara sukarela.
"Penurunan kadar kemiskinan yang dicapai sudah cukup bagus tetapi kerajaan perlu meneruskan dan memantau usaha ini supaya tidak terhenti setengah jalan. "Langkah menumpukan perhatian kepada mengembangkan potensi individu juga satu tindakan bijak kerana bantuan kewangan sahaja tidak elok untuk jangka panjang. Golongan miskin tegar yang baru dikesan selepas ini lebih mudah dibantu kerana bilangannya lebih kecil dan tumpuan seterusnya adalah meningkatkan taraf hidup golongan miskin pula."

Seramai 1,000 usahawan wanita juga akan dilahirkan sepanjang 2011 di samping usaha meningkatkan pemilikan 4,965 unit rumah di kalangan isi rumah miskin. Untuk memastikan inisiatif berkenaan berjaya, kerajaan akan menyediakan lebih banyak rumah kos rendah, skim kredit-mikro, meningkatkan bilangan klinik dan menambah bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukan anggota tiruan (prostetik).

Menjelang 2012, bantuan tambahan seperti hostel untuk pelajar sekolah pedalaman  serta bantuan untuk rawatan dan pengangkutan ke pusat dialisis juga akan disediakan di samping polisi gaji minimum yang masih dalam perbincangan. Dengan  komitmen dan inisiatif yang ditunjukkan semua pihak, sasaran berikutnya NKRA ini tidak lagi terikat sekadar menutup buku kemiskinan malahan mungkin mampu menutup juga buku isi rumah berpendapatan rendah serta sebahagian besar yang berpendapatan sederhana.

Setinggi mana sekalipun sasaran itu akan bergantung kepada kelangsungan program pembasmian kemiskinan serta GTP yang didokong semua kakitangan kementerian dan agensi kerajaan yang perlu bekerjasama untuk negara mencapai wawasan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Menyedari pentingnya perpaduan bagi sesebuah negara, kempen 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dilancarkan pada 5 April 2009. 11 langkah mesra rakyat termasuk diskaun untuk pengguna jalan bertol, menjual 44,000 unit rumah kos rendah kepada mereka yang menyewanya menerusi Program Perumahan Rakyat, 50 peratus diskaun bagi pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan, peruntukan RM150 juta menerusi skim Tekun dan tambahan RM15 juta khusus untuk usahawan muda kaum India. Ini dapat merapatkan jurang sosial dalam masyarakat di Malaysia.
Hadiah mesra rakyat itu termasuk menyelesaikan permohonan kewarganegaraan dengan 45 peratus daripada 34,000 kes berjaya diselesaikan, meningkatkan prasarana di kawasan luar bandar, mengurangkan kos bagi mendapatkan lesen motosikal berkuasa bawah 250 cc dan mewujudkan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
kerajaan turut mengumumkan pengagihan RM100 juta dalam bentuk amanah saham secara percuma kepada golongan miskin terutama miskin tegar di bandar bagi tujuan pelaburan untuk membantu menambah pendapatan mereka. Selain itu, seramai 1,000 keluarga miskin tegar membabitkan 5,000 orang di seluruh negara akan menyertai Program Sejahtera, iaitu inisiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar secara holistik dan pelaksanaan program PINTAR di peringkat nasional membabitkan sekolah dan GLC.
4.6  NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana
Meskipun tahap pendapatan sebenar telah meningkat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, kemiskinan relatif masih merupakan fenomena utama yang menjejaskan banyak orang, terutamanya dalam konteks kos yang meningkat dan kegendalaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh krisis ekonomi global. Masih terdapat lebih daripada 200,000 isirumah yang hidup dengan pendapatan kurang daripada RM 750 sebulan, dan banyak isirumah di bandar hidup dengan pendapatan antara RM2,000 – 3,000 sebulan mendapati sukar untuk menyara hidup. Justeru, suatu usaha bersepadu untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik serta menyediakan peluang
dan insentif untuk perniagaan dan perusahaan akan dapat banyak membantu ke arah mengurangkan ketidaksamaan dan polariti antara golongan yang kaya dengan yang miskin. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapapun yang ketinggalan – tanpa mengira bangsa atau agama – semasa kita meneruskan usaha untuk berkembang sebagai sebuah negara.
Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.

Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. 

Demi mencapai matlamat ini, Unit NKRA Kementerian telah ditubuhkan pada November 2009 demi :
*      memantau serta mengetuai isu koordinasi bagi menyampaikan inisiatif-inisiatif yang penting bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam bandar.
*      Memantau serta menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang telah digariskan untuk meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam bandar.
*      Menyediakan laporan kemajuan serta status pelaksanaan setiap inisiatif dalam masa 5 hari untuk dilaporkan kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Performance Management & Delivery Unit ¬– PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri seminggu sekali.
*      Menyenarai serta melaporkan halangan dan kekangan yang dihadapi di dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam bandar kepada PEMANDU sekali setiap 2 minggu, melalui mesyuarat Problem-solving Meeting yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU.
*      Menjadi urusetia mesyuarat serta melaporkan status pelaksanaan inisiatif kepada mesyuarat pasukan petugas pelaksanaan (Delivery Task Force – DTF) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, yang diadakan sekali setiap 6 minggu.
*      Membekalkan maklumat berhubung status pelaksanaan inisiatif-inisiatif dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
*      Memastikan segala isu dan aduan dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.
*      Menyelia serta memimpin usaha koordinasi bagi menyampaikan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif  yang penting bagi penambahbaikan sistem pengangkutan awam bandar. Menyelia serta memimpin usaha koordinasi bagi menyampaikan dan melaksanakan inisiatif-
*      Meningkatkan peratusan yang menggunakan pengangkutan awam kepada 15% menjelang tahun 2010 dan kepada 25% menjelang 2012 semasa waktu puncak dari 7 pagi hingga 9 pagi di Lembah Klang. Seterusnya menyesuaikan dan mengaplikasikan inisiatif yang berkesan di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

*      Memperbaiki masa perjalanan dan kebolehpercayaan.

*      Mempertingkatkan keselesaan dan kemudahan penumpang.

*      Mempertingkat kebolehcapaian dan kesalinghubungan supaya peratusan penduduk yang tinggal dalam lingkungan 400 meter dari laluan pengangkutan awam meningkat daripada 63% kepada 80% pada 2012.




5.  Kesimpulan
Matlamat akhir pelaksanaan Bidang keberhasilan Utama ini ialah untuk meningkatkan kehidupan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial. Fakta dan statistik telah dipaparkan bagi setiap NKRA itu sebagai bukti kejayaan yang telah dicapai. Namun kerajaan juga mengakui bahawa masih lagi terdapat kekurangan yang masih bolih ditambahbaik dan mengalu-alukan pandangan dari semua pihak.
Pertama kita wajar mengucapkan tahniah kepada Kerajaan diatas keberanian memaparkan satu laporan mengenai pencapaian pelaksanaan satu program yang dinamakan sebagai Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan kehidupan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial. Sama ada pelaksanaan 6 NKRA itu telah sebenarnya berjaya atau sebaliknya bergantung kepada pandangan dan persepsi masing-masing individu atau pihak. Tetapi kita wajar akui bahawa terdapat perubahan kearah yang lebih baik iaitu hari ini lebih baik dari semalam.
Namun apa pun fakta dan statistik yang dipaparkan sebagai menyokong kepada pencapaian pelaksanaan ianya hanya bermakna sekiranya rakyat terbanyak benar-benar merasai dan menikmati hasilnya dengan merujuk kepada perbezaan diantara mereka. Dalam perkataan lain jurang perbezaan inilah yang menjadi ukuran utama dalam menentukan kejayaan sesuatu Program
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.
Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”
Dengan menyediakan peluang ekonomi yang sesuai dan mapan, beserta kemudahan asas dan sosial yang lengkap, kampung akan dibangunkan semula sebagai kawasan yang moden dan progresif yang menawarkan kehidupan berkualiti kepada penduduknya. Mendapat inspirasi daripada pencapaian setakat ini dan dipacu matlamat masa hadapan, kementerian dan agensi di bawahnya akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan matlamat Wawasan 2020 tercapai yang mana semua rakyat dapat menikmati hasil kemajuan negara. 







6.  RUJUKAN
4.      .( diam-diamubi.blogspot.com/.../menutup-buku-mis)
9.